Perkasakan belia dengan maklumat yang tidak berat sebelah, tepat dan boleh dipercayai bagi mengurangkan kesan berita palsu.
Cipta kandungan politik yang mementingkan belia dan yang memberi inspirasi kepada mereka untuk terlibat secara aktif dalam politik.
Memupuk penglibatan sivik jangka panjang dengan menggalakkan penyertaan belia secara aktif dalam politik.
Jadikan politik menarik, santai, mudah difahami dan boleh diakses oleh golongan muda.
Kelas Demokrasi adalah satu inisiatif pendidikan pengundi dan literasi politik yang dimulakan oleh Fahmi Reza semasa musim Pilihan Raya Umum ke-15 pada tahun 2022. Gaya penyampaian Kelas Demokrasi yang santai, ringkas, terkini, tidak berat sebelah, lebih visual dan mudah difahami telah menarik minat orang muda dan pengundi-pengundi baharu yang mencari informasi yang boleh membantu mereka membuat pilihan yang bijak di peti undi.
Sempena musim Pilihan Raya Negeri tahun 2023 ini, Kelas Demokrasi kembali dengan kandungan baharu yang sistematik dan mudah diakses oleh semua pengundi-pengundi baharu dan lama yang akan turun mengundi dalam PRN di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos 2023 nanti.